Malaysia tegas menolak cadangan memindah rakyat Palestin secara paksa

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malaysia dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa dari tanah air mereka dan menggesa penyelesaian kekal yang menghormati hak serta kedaulatan mereka.

Menurut Wisma Putra, pemindahan paksa itu disifatkan sebagai satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kata Wisma Putra, sebarang penyelesaian sebelah pihak yang menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri adalah tidak boleh diterima dan hanya akan memburukkan konflik yang telah berlarutan sekian lama.

“Malaysia kekal teguh dalam solidaritinya bersama rakyat Palestin.

“Satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat adalah melalui penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Pendirian ini, menurut kenyataan itu lagi, sejajar dengan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara, yang menjadi asas kepada kestabilan jangka panjang di rantau tersebut.

Dalam masa sama, Wisma Putra turut menggesa semua negara yang masih belum mengiktiraf negara Palestin agar segera berbuat demikian serta menyokong keanggotaan penuhnya dalam PBB.

Katanya, seruan ini selari dengan Resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam 2024 yang diterima pakai pada 11 November 2024, yang menekankan keperluan penyelesaian dua negara sebagai asas kepada keamanan di rantau itu.

Di samping itu, Wisma Putra menyatakan sokongannya terhadap usaha diplomatik melalui kerjasama antarabangsa termasuk inisiatif yang sedang digerakkan oleh Global Alliance dan Kumpulan The Hague dalam memastikan keamanan berkekalan bagi rakyat Palestin.

Tindakan-tindakan sedemikian, kata Wisma Putra, langkah penting untuk menjamin keselamatan rakyat Palestin serta kestabilan Asia Barat secara keseluruhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...

Kebangkitan Rakyat Eropah: Gelombang Nurani yang Menyala untuk Palestin

Beberapa hari kebelakangan ini, jalan-jalan utama di kota-kota besar Eropah menjadi saksi kepada sesuatu yang luar biasa —...