MADA terima RM20 juta baiki kerosakan sistem dan infrastruktur pertanian

Date:

Share post:

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengesahkan telah menerima peruntukan RM20 juta bagi membaiki infrastruktur pertanian yang terkesan banjir di Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Beliau berkata, banjir yang berlaku baru-baru ini bukan hanya merosakkan sebahagian besar tanaman padi tetapi juga kerosakan sistem dan infrastruktur.

“Kita kena cari jalan dan mengambil tindakan segera untuk mencari penyelesaian walaupun pendekatan yang bersifat sementara bagi memastikan bekalan air mampu disalurkan ke sawah untuk jadual penanaman musim depan atau sebelum April.

“KADA akan mengadakan pertemuan dengan Exco Pertanian, Industri, Agromakanan dan Komoditi dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar pada esok bagi membincangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Media Bersama Pengerusi KADA, di sini, malam tadi.

Khalid berkata, pertemuan itu akan membincangkan berhubung pembinaan semula cerucuk penghadang yang roboh sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini telah memberikan kelulusan untuk membaiki struktur itu namun pada masa yang sama mahu pelbagai kajian dilakukan termasuk kesan kepada hakisan sungai.

“Jika kerajaan negeri dapat beri kelulusan segera, kita boleh baiki dalam kadar segera iaitu sebelum April bagi memastikan penanaman padi musim depan dapat dilakukan mengikut jadual kerana kita sudah ada dana.

“KADA juga telah menerima peruntukan berjumlah RM17 juta bagi pembelian kira-kira 150 unit pam yang akan digunakan untuk menyedut air ke sawah sebagai persediaan musim kemarau pada tahun ini,” katanya.

Khalid berkata, petani yang mengalami kerugian akibat bencana banjir akan dibantu menerusi dana bencana selain skim insuran takaful Agrobank.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)