Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menggubal akta khusus untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.

“Contohnya, sarung tangan, mungkin satu hospital jual RM5 satu pasang, ada juga yang RM10.

“Jadi, ini yang kita pertikaikan sekarang. Kerana, jika tiada pengawalan, mereka boleh caj sesuka hati.

“Ada orang mungkin sekadar sakit perut, tetapi mereka perlu jalani pelbagai ujian. Ini yang menyebabkan kos perubatan meningkat,” katanya.

Sim berkata demikian ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi hari ini.

Katanya, kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit.

Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan.

“Itu sebab saya nampak ada kelemahan dari segi kawal selia yang tidak cekap.

“Ini menyebabkan mereka mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar,” tambahnya.

Sebelum ini, media melaporkan, premium insurans perubatan dijangka meningkat antara 40 dan 70 peratus, dipercayai didorong penggunaan pelbagai teknologi canggih yang tersedia di hospital swasta.

Susulan itu, Sim dan beberapa ahli parlimen lain daripada PKR menggesa Bank Negara Malaysia supaya tidak ‘lepas tangan’ dan menyiasat serta mengkaji semula perkara tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut memberi maklum balas dengan mengatakan pihaknya akan membawa pendekatan di mana pesakit membayar berdasarkan kualiti perkhidmatan.

Pendekatan ini berbeza berbanding pendekatan fee-for-service yang mengenakan caj terhadap perkhidmatan yang diberikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Pelantikan Musa Aman sebagai TYT harus disokong dan bukannya dipertikai – LOTUD

Musa bukan sekadar seorang pemimpin politik, tetapi seorang negarawan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan, integriti dan kepentingan rakyat Sabah

Tol percuma bagi kenderaan persendirian pada 23 dan 24 Dis sempena Krismas – Nanta

Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja selaras dengan aspirasi 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' sempena perayaan Hari Krismas 2024