Laporan RCI berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu hadapan

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul (gambar) mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Beliau berkata laporan itu telah diedarkan kepada semua Ahli Parlimen dengan beberapa perkara telah deklasifikasikan dan dijangka dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Harap ia akan dibahaskan supaya rakyat tahu apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging Malaysia 2024, di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Semalam dilaporkan, menerusi laporan setebal 217 muka surat itu, RCI mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.

Sebelum ini Azalina dalam kenyataan berkata laporan RCI terbabit sudah diedarkan kepada Ahli Parlimen dan ia akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari Khamis minggu depan.

Sementara itu Johari berkata tindakan penggantungan Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim (Perikatan Nasional) daripada menghadiri sidang Parlimen selama 10 hari merupakan peringatan terakhir kepada semua Ahli Parlimen.

Johari berkata tindakan berkenaan adalah supaya kesemua Ahli Parlimen mengambil pengajaran untuk tidak mengkritik Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana jawatan itu merupakan antara institusi di negara ini.

“Jadi ini adalah peringatan kepada Ahli Parlimen lain. Jangan attack (kritik) Speaker, attack (kritik) Johari Abdul itu tidak mengapa… kerusi itu ada institusi dia, perlu faham perkara itu. Kami (Ahli Parlimen) sebahagian daripada institusi, jadi jangan buat macam itu,” katanya

Johari berkata sebelum memutuskan penggantungan terhadap Awang, beliau telah memberikan tiga peluang dengan menghantar surat kepada Ahli Parlimen Pendang itu untuk memohon maaf kepadanya namun Awang tidak berbuat demikian.

“Saya wakilkan SUDR (Setiausaha Dewan Rakyat), jumpa dia (Awang) tetapi dia tidak datang. Saya suruh dia punya Ketua Whip nasihat dia, dia tak datang,” katanya.

Terdahulu, Awang digantung 10 hari daripada menghadiri Dewan Rakyat bermula semalam susulan kenyataan negatif terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...