Kerajaan Pahang kenal pasti 34 ajaran sesat yang masih aktif

Date:

Share post:

KUANTAN: Kerajaan Pahang mengenal pasti sebanyak 34 ajaran sesat yang masih aktif di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata, bagi individu yang disiasat dan terbabit dengan ajaran sesat, kerajaan negeri memberikan kaunseling dan kesedaran kepada mereka.

“Selain itu, individu berkenaan juga diberikan teguran dan amaran supaya pulang ke pangkal jalan supaya tidak terbabit secara serius dan melarat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Cheka) yang bertanyakan mengenai jumlah ajaran sesat di Pahang.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Rosli Jabar (PAS-Tanjung Lumpur) yang bertanyakan perkembangan isu GISB Holdings (GISBH) di Pahang, Syed Ibrahim berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang memutuskan GISBH adalah sebagai menyeleweng dan sesat.

Pada 5 Oktober lalu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut GISBH sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.

Golongan yang disebut sebagai menyeleweng dan sesat itu jika mereka meneruskan kepercayaan serta amalan dalam Aurad Muhammadiah dibawa oleh al-Arqam, yang diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.

Fatwa itu mencakupi golongan yang disebut mempercayai bahawa Ashaari Muhammad yang sudah meninggal dunia pada 2010 tidak mati, sebaliknya ghaib.

Bahawa keputusan itu meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran terbabit di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah atau mana-mana kumpulan yang wujud atau akan diwujudkan.

Sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)