Ambil langkah berjaga-jaga buat rakyat Malaysia di Korea Selatan

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang menetap atau melawat Korea Selatan dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, menurut Kementerian Luar Negeri.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan situasi di Korea Selatan kembali normal selepas undang-undang tentera ditarik balik di seluruh negara.

“Bagi memastikan maklumat terkini dan bantuan tepat pada masanya, rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihatkan untuk mendaftar melalui E-Konsular,” menurut kenyataan itu.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan konsular, Kedutaan Malaysia di Seoul boleh dihubungi di alamat 129, Dokseodang-ro Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, atau melalui talian +82-2-2077 8600 atau +82-2-794 5488, atau menerusi e-mel mwseoul@kln.gov.my.

Kementerian akan terus memantau keadaan dengan teliti, menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Agensi Berita Yonhap melaporkan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengumumkan penamatan undang-undang tentera awal pagi Rabu, selepas Dewan Negara meluluskan usul bagi menuntut penamatannya.

Kabinet meluluskan usul terbabit pada 4.30 pagi (waktu tempatan), kira-kira enam jam selepas Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera itu dengan alasan pihak pembangkang “melumpuhkan” kerajaan melalui aktiviti anti-negara.

Keputusan itu menimbulkan kebimbangan di dalam dan luar negara.

Ketua Turus Bersama mengesahkan bahawa pasukan yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang tentera telah kembali ke pangkalan masing-masing, memulihkan keadaan seperti sediakala. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...