Kerajaan kekal untuk melaksanakan pelesenan media sosial berkuat kuasa 1 Januari 2025

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata penguatkuasaan pelesenan itu penting bagi mengatasi pelbagai masalah dalam internet khususnya membabitkan buli siber.

“Dalam isu buli siber, kita lihat memang pada waktu ini banyak daripada kegiatan buli siber berlegar dalam beberapa platform (media sosial) terutama Facebook, TikTok dan juga Instagram.

“Ini antara sebab kenapa kita berpendirian tarikh 1 Januari 2025 untuk pemakaian sistem ataupun rejim pelesenan bagi platform media sosial ini tidak boleh diubah,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Ogos lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC dalam kenyataannya dilaporkan, langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenal bermula hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...