RM45 juta sumbangan Malaysia kepada rakyat Palestin sejak Oktober 2023

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM45 juta sudah disumbangkan Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza sejak serangan Israel pada 7 Oktober 2023.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata sumbangan itu disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, katanya lebih 5,000 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia sudah dihantar ke Gaza melalui sempadan Rafah sejak Oktober 2023 yang memberi manfaat kepada jutaan penduduk Palestin.

“Situasi kini semakin mencabar selepas pintu sempadan Rafah ditutup sejak 7 Mei lalu dan kini, satu-satunya laluan bantuan yang masih beroperasi adalah melalui jambatan Raja Hussein di Jordan.

“Oleh sebab itu, kita sedang mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan kerajaan Jordan dan kita mendapat undangan dan bersetuju untuk turut serta dalam misi bantuan melalui jambatan ini dengan kerjasama kerajaan Jordan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Mohamad berkata Malaysia komited untuk memastikan Palestin diiktiraf sebagai negara anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, katanya negara juga terus bersuara lantang memperjuangkan hak mutlak rakyat Palestin dan dengan tegas menyatakan pendirian negara pada sesi ke-79 Perhimpunan Agung (PBB) baru-baru.

Beliau berkata, ia menyatakan bahawa hak rakyat Palestin ke atas tanah mereka yang dirampas mesti dikembalikan sepenuhnya, serta pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berlandaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...