PKR Sabah terbuka kerjasama dengan mana-mana parti dalam Kerajaan Madani

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: PKR Sabah menyatakan keterbukaan parti itu untuk meneroka ruang kerjasama dengan parti dalam Kerajaan Madani sebagai usaha memperkukuhkan lagi kedudukan kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Ketuanya, Datuk Mustapha Sakmud, berkata berikutan itu pihaknya mengalu-alukan cadangan jawatankuasa rundingan kerusi PRN17 yang diutarakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, kelmarin dalam usaha mengukuhkan kerjasama baik dan kestabilan politik sedia ada.

Beliau berkata, bagi tujuan yang sama juga, PKR Sabah bersama rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan tidak rasmi semalam, sebagai permulaan ke arah kerjasama menghadapi PRN17.

Katanya, perbincangan awal itu bagi meneliti titik pertemuan dan menghormati perbezaan pandangan dalam menentukan hala tuju politik Sabah yang memerlukan pendekatan berbeza dengan konteks Semenanjung.

“Dalam menghadapi PRN17, PH sudahpun membentuk Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan mengadakan beberapa siri mesyuarat.

“PH Sabah akan menyelesaikan dulu perbincangan serta rundingan dalaman sebelum memulakan rundingan kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, berkata dalam proses rundingan nanti PKR menekankan agar pendekatan inklusif dapat dilaksanakan secara adil.

“Perbincangan perlu juga meliputi pembahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, kuota pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jawatan-jawatan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kampung dan komuniti.

“PKR juga ingin menegaskan bahawa prinsip asas kerjasama ini perlu didasari oleh pengurusan tata kelola yang baik dan meletakkan kepentingan serta kebajikan rakyat sebagai keutamaan,” katanya.

Kelmarin, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan penubuhan jawatankuasa rundingan kerusi PRN17 yang diketuai Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

Jawatankuasa itu bagi membincangkan agihan kerusi di antara parti komponen GRS dan parti lain dalam kerajaan negeri sekarang, khususnya PH Plus, selain turut menyatakan keterbukaan perbincangan dengan parti lain termasuk BN.

Semalam pula, PH Sabah dan BN Sabah mengadakan pertemuan tidak rasmi di sebuah hotel di sini dan mencapai persetujuan untuk mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama, selain menyatakan keterbukaan untuk menjalin hubungan dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi PRN17.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah

Kos keseluruhan pampasan tanah Projek Lebuhraya Pan Borneo berjumlah RM2.53 bilion

Salah satu cabaran besar dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah pengambilan tanah terutamanya tanah di bawah hak milik adat

Penggantungan NAFAS tidak menjejaskan operasi, obligasi dan kewajipannya – Mohamad sabu

Sepanjang tempoh penggantungan ini, Pendaftar Pertubuhan Peladang akan memantau urusan harian NAFAS di samping menambah baik tadbir urus dan tatakelola NAFAS bagi memperkasa semula NAFAS secara holistik