Operasi perobohan rumah haram di kawasan setinggan akan diteruskan – IPD Kota Kinabalu

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menyasarkan untuk merobohkan lebih seribu struktur haram di kawasan setinggan menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, sehingga kini IPD Kota Kinabalu sudah merekodkan sebanyak 709 perobohan membabitkan beberapa kawasan setinggan sekitar ibu negeri.

“Jumlah yang direkodkan sehingga minggu lepas itu ditumpukan bagi operasi perobohan di kawasan Numbak, Sepanggar serta Kayu Madang.

“Operasi ini akan diteruskan sehingga kita mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan iaitu 2,000 rumah bagi Sabah.

“Melihat kepada situasi sekarang, jumlah ini dijangka akan dicapai malah akan melebihi KPI keseluruhan berikutan IPD Kota Kinabalu menyasarkan untuk merobohkan lebih 1,000 setinggan haram sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan upacara menandatangani dokumen serah terima tugas bagi jawatan Ketua Polis Balai Inanam, Luyang serta Alamesra di Balai Polis Inanam di sini.

Kasim berkata, perobohan ditumpukan di kawasan yang banyak didiami oleh Pendatang Tanpa Izin (PTI), lokasi penagihan dadah serta kawasan yang berpotensi untuk terlibat dalam kegiatan jenayah terutamanya kecurian kabel selain kecurian bekalan elektrik dan air.

Bercakap lanjut Kasim berkata, sepanjang operasi perobohan itu dilaksanakan, pasukannya perlu berdepan cabaran kawasan berpaya dan menghalang jentera berat daripada masuk ke kawasan setinggan berkenaan.

“Oleh itu operasi perobohan struktur haram ini terpaksa dilakukan menggunakan sepenuh kudrat daripada anggota itu sendiri iaitu menggunakan tukul atau tali bagi merobohkan rumah setinggan.

“Pada masa sama kita juga berdepan dengan isu keselamatan kerana anggota polis perlu melalui jambatan yang tidak kukuh iaitu hanya sekeping kayu untuk ke kawasan setinggan.

“Untuk memastikan keselamatan lebih terjamin kita juga bekerjasama dengan Sabah Elektricity dari segi pemeriksaan pemasangan sambungan elektrik haram yang didapati banyak dipasang di sepanjang laluan ke rumah setinggan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang operasi dilaksanakan, semua penghuni memberikan kerjasama untuk berpindah berikutan notis amaran sudah dikeluarkan sebulan lebih awal sebelum proses perobohan dijalankan.

“Untuk memastikan usaha perobohan ini lebih berkesan, pihak polis bekerjasama dengan pemilik tanah atau agensi berkaitan untuk melaksanakan tindakan susulan sebaik operasi perobohan dilaksanakan.

“Ia termasuklah meletakkan notis amaran untuk tidak memasuki kawasan terbabit serta memasang pagar dan bagi pihak polis sendiri, kita akan terbangkan dron dari Pusat Gerakan Udara (PGU) bagi memantau kawasan terbabit dan memastikan tiada pembinaan semula struktur haram di sana,” katanya.

Menurutnya, pihak polis tidak teragak-agak untuk merobohkan rumah yang dibina semula di kawasan setinggan itu sepertimana yang berlaku di kawasan setinggan di Kalansanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PM Anwar terima penghormatan tertinggi negara Peru ‘El Sol Del Peru’

Saya terima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia, dan kita menghargainya sebagai lambang persahabatan yang kukuh antara Malaysia dan Peru

Pelaburan baharu mampu jana pertumbuhan ekonomi Sabah

pelaburan baharu itu amat signifikan dalam menjana pertumbuhan ekonomi untuk Sabah dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan

Pemimpin negara rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Daim

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sumbangan Daim selama ini tidak ternilai kepada tanah air dan ia menjadi aspirasi kepada generasi akan datang

12 syarikat terkemuka Mesir akan teroka peluang pelaburan di Malaysia

Mesyuarat ini juga berupaya menghasilkan potensi eksport bernilai RM4.8 bilion. Ini menunjukkan peluang perdagangan yang besar, khususnya dalam sektor inovasi bernilai tinggi yang ditetapkan mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030