Pembinaan Tamu Desa di Sabah dan Sarawak akan dipastikan bermanfaat – KUSKOP

Date:

Share post:

KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memastikan pembinaan premis Tamu Desa yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak memberikan manfaat kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pembinaan baharu dan penaiktarafan sebanyak 36 projek Tamu Desa di seluruh Sabah bagi fasa pertama siap mendahului jadual yang sudah ditetapkan.

“Bagi fasa kedua pula, kita sudah menyerahkan Surat Kuasa Pelaksanaan kepada para pegawai daerah dan penolong pegawai daerah yang terlibat untuk pembinaan 18 projek Tamu Desa, di seluruh Sabah.

“Mudah-mudahan pada tahun hadapan kita dapat meneruskan pelaksanaan Premis Tamu Desa seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025. 

“Perdana Menteri juga sudah mengambil kira permintaan kita dan seterusnya membentangkan sejumlah peruntukan yang boleh digunakan untuk meneruskan pelaksanaan Premis Tamu Desa pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat lima Tamu Desa yang siap di kawasan Kota Belud, pada Isnin.

Tamu Desa itu ialah Tamu Desa Lasou, Tamu Desa Lompios, Tamu Desa Nahaba, Tamu Desa Takulung dan Tamu Desa Piasau.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP Azizul Alias dan para pemimpin setempat.

Ewon turut meninjau beberapa cadangan tapak pembinaan Tamu Desa di Kampung Podi, Kinasaraban dan Pangi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, secara keseluruhannya sebanyak 17 Tamu Desa dibina di Kota Belud bagi kedua-dua fasa terbabit.

“Jumlah keseluruhan Tamu Desa di Kota Belud agak besar kerana saya mahu memantau sendiri pelaksanaannya. Selaku salah seorang rakan pimpinan di sini mudah bagi saya untuk memantau.

“Sebab ini adalah pertama kali dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan ia akan menjadi penanda aras kepada pelaksanaan premis Tamu Desa di daerah-daerah lain,” katanya.

Tanbahnya,  banyak permohonan diterima daripada wakil-wakil rakyat seluruh Sabah dan Sarawak serta persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil yang memohon disediakan kemudahan yang lebih baik untuk para penjaja dan peniaga kecil di kawasan mereka.

“Malah beberapa wakil rakyat dari Semenanjung juga mula menyatakan pandangan sekiranya kementerian dapat memanjangkan pelaksanaan Tamu Desa di mukim-mukim atau kampong-kampung yang berada di luar bandar di Semenanjung,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Ringgit teruskan momentum positif

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat

PM Anwar ajak orang ramai hadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah