Kerajaan MADANI wajar berikan insentif ‘Tiket Rahmah’ – Masiung

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kerajaan MADANI wajar memperkenalkan insentif  ‘Tiket Rahmah’ susulan kenaikan mendadak harga tiket penerbangan bagi laluan domestik Sabah-Sarawak-Labuan- Semenanjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah mencadangkan perkara itu memandangkan isu berkenaan boleh menjejaskan integrasi nasional dalam industri pelancongan tempatan.

Katanya, kenaikan harga tiket penerbangan disifatkan sebagai menekan rakyat dan pastinya membebankan pelancong domestik yang mahu berkunjung antara tiga wilayah Borneo dan Semenanjung.

“Kenaikan tambang tahap ‘gaban’ ini bukan sahaja merenggangkan hubungan integrasi nasional, malah mendorong rakyat tempatan memilih tambang lebih murah ke negara jiran sebagai destinasi pelancongan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masiung berkata, minggu lalu sahaja harga tiket penerbangan laluan sehala antara Sabah dan Semenanjung mencecah sehingga RM1,700 berbanding ke Manila, Jakarta dan Singapura sekitar RM550 hingga RM700 sahaja.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu berkata, kenaikan mendadak penerbangan domestik itu bakal menjejaskan industri pelancongan tempatan kerana rakyat lebih tertumpu berbelanja dengan tambang lebih murah bercuti ke luar negara. 

Beliau berkata, sudah tentu wang rakyat lebih banyak mengalir ke luar negara sekali gus merugikan industri pelancongan domestik.

“Syarikat penerbangan tempatan mempunyai 1,000 alasan untuk meraih keuntungan kerana mereka tahu tiada cara lain untuk melancong antara Semenanjung dan wilayah Borneo kecuali menaiki pesawat.

“Satu-satunya cara terbaik, kerajaan perlu mewujudkan insentif bagi memperkenalkan ‘Tiket Rahmah’ dengan harga lantai serendah yang mampu untuk rakyat marhaen,” jelasnya.

Dalam pada itu, isu berkenaan turut dibangkitakn oleh Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak semasa Persidangan Dewan Negara minggu ini termasuk isu gangguan penerbangan tertangguh hingga empat jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)