Majlis Presiden PH belum bincang kerjasama dengan parti lain hadapi PRN Sabah – Ewon

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum lagi membincangkan secara formal kerjasama antara mana-mana parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, PH Sabah perlu diberi autonomi untuk menentukan pihak mana dan bentuk kerjasama dengan mana-mana parti sesuai dengan perkembangan politik semasa.  

“Belum ada sebarang kata putus berkaitan kerjasama PH dengan mana-mana parti buat masa ini dalam menghadapi PRN Sabah akan datang,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan BN dan PH memuktamad kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

Ewon berkata, PH Sabah perlu memilih rakan yang mempunyai asas perjuangan yang sama, misalnya dalam memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menuntut satu pertiga bilangan kerusi di Dewan Rakyat dan tuntutan pemberian hasil 40 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)