Sarawak fokus menjadi negeri maju berintegriti tinggi menjelang 2030

Date:

Share post:

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited membanteras gejala rasuah untuk menjadi negeri maju berintegriti tinggi menjelang 2030, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, rasuah adalah salah satu cabang perilaku tidak berintegriti dan berpunca daripada nafsu melampau manusia yang tidak dikawal dengan baik, sekali gus menjadi ancaman besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat. 

“Masa depan negara kita bergantung kepada sejauh mana kita mampu membanteras rasuah secara berkesan. 

“Seperti penyakit barah yang merosakkan tubuh badan secara senyap, rasuah merebak dalam sistem dan mencengkam masa depan rakyat Malaysia. 

“Demi memenuhi kepentingan segelintitr individu yang rakus, rasuah merosakkan integriti negara, meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan mewujudkan ketidakadilan sosial yang memudaratkan ekonomi kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2024 di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini. 

Abang Johari berkata, untuk mencapai misi dan visi menjadi negeri maju berintegriti tinggi pada 2030, kerajaan Sarawak telah melahirkan seramai 211 Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang telah ditempatkan di pelbagai kementerian. 

CeIO katanya, bukan sekadar berperanan untuk membudayakan integriti dalam organisasi, malah memainkan peranan besar dalam memperkukuhkan budaya integriti dalam kalangan masyarakat.

“Ini penting agar penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pemegang taruh dan rakyat bukan sahaja berkualiti, tetapi juga berlandaskan ketelusan dan integriti yang tinggi.

“Apabila perkhidmatan disampaikan dengan cara ini, kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan akan semakin kukuh dan keyakinan pelabur untuk terus menyumbang kepada ekonomi Sarawak juga akan bertambah,” katanya. 

Bercakap mengenai majlis tersebut, ia merupakan anjuran Unit Integriti dan Ombudsman  Sarawak (UNIONS) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM). 

Kemuncak majlis ialah penyampaian Anugerah Khas Integriti oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada kerajaan Sarawak sebagai pengikitrafan atas usaha pembudayaan integriti, tatakelola yang baik dan antirasuah di Sarawak. 

Turut disampaikan Sijil MS ISO 37001:2006 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) kepada enam projek rintis yang telah berjaya memperolehi pensijilan tersebut. 

Agensi berkenaan ialah Jabatan Premier Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah, Sarawak Forestry Corporation dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. 

Seramai 1,500 jemputan daripada pelbagai agensi kerajaan hadir secara fizikal pada majlis tersebut dengan 12,000 lagi menyertainya secara dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Belanjawan 2025 peluang kerajaan untuk teruskan usaha reformasi ekonomi

Kerajaan telah memulakan langkah reformasi ini dengan memperkenalkan pendekatan berani, seperti pelaksanaan dasar pengapungan harga diesel, yang dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri