Kerajaan Sabah akan bina 3,000 Rumah Mesra SMJ tahun depan

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membina sejumlah 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) pada tahun depan bagi membantu keluarga dan individu yang masih belum mempunyai rumah sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah memperuntukkan 20 Rumah Mesra SMJ kepada 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh  Sabah.

Tetapi katanya, bermula tahun depan, jumlah berkenaan akan digandakan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah memohon dengan kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan sejumlah 5,000 unit rumah mampu milik dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah.

“Jumlah berkenaan sangat kritikal bagi memenuhi keperluan rumah dalam kalangan komuniti kita, khususnya mereka yang dari kumpulan berpendapatan rendah.

“Cadangan pembahagian 5,000 unit PPR ini termasuklah 1,000 unit masing-masing di Tawau dan Sandakan serta 3,000 unit di Kota Kinabalu.

“Ini adalah komitmen kita untuk memastikan setiap rakyat Sabah yang layak mempunyai akses kepada rumah berkualiti dan mampu milik,” katanya pada Malam Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) 2024 di sini, semalam.

Teks ucapannya disampaikan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.

Hajiji menyeru kepada semua pemaju untuk memberikan kerjasama bagi memastikan dapat mencari jalan penyelesaian terhadap permintaan rumah pada ketika ini, sekali gus mempromosikan kelestarian dan inklusiviti.

“Kejayaan terhadap inisiatif ini bergantung kepada kesanggupan, inovasi dan komitmen mengadaptasi keperluan untuk perubahan dalam komuniti kita,” katanya.

Untuk itu katanya, kerjasama diantara kerajaan dan pihak swasta boleh mewujudkan sinergi kekuatan bagi memenuhi keperluan sebuah komuniti lestari dari semua peringkat pendapatan.

“Ketika kita meneroka perubahan ini, adalah penting untuk mengiktiraf peranan dan tanggungjawab kita, kerajaan sangat komited untuk menyediakan suasana persekitaran kemudahan dan dasar yang diperlukan bagi kejayaan industri ini.

“Oleh itu, saya menyeru agar projek anda semua diselaraskan dengan visi pembangunan yang lebih bertanggungjawab dan kelestarian yang digariskan kerajaan negeri.

“Bersama-sama kita boleh membangunkan perumahan yang bukan saja mampu menyelesaikan permintaan pada pasaran ketika ini, tetapi juga memperkasakan kualiti kehidupan penduduk kita.

“Inovasi dan maklum balas anda sangat penting dalam kerjasama ini,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, keutamaan dalam pembangunan perumahan harus diberikan terhadap kelestarian dan kebajikan komuniti.

“Saya menyeru kepada anda semua agar mengguna pakai amalan kelestarian dalam pembangunan anda dengan menggunakan bahan binaan mesra alam, promosi penggunaan tenaga yang lestari dan bertanggungjawab ketika menggunakan tanah.

“Dengan komitmen terhadap kelestarian, kita bukan sahaja mampu melindungi sumber alam tetapi juga mampu memperkasakan gaya hidup generasi hadapan di Sabah,” katanya.

Hajiji juga memuji kepimpinan SHAREDA yang diterajui Presidennya, Datuk Chua Soon Ping yang telah berjaya mencapai pelbagai kecemerlangan, tetapi Hajiji mahu melihat usaha SHAREDA yang konsisten khususnya dalam usaha selaraskan sumber mereka dan membentuk kerjasama bagi mentransformasikan visi kepada realiti.

“Ini adalah sasaran yang dibanggakan seperti mana tema majlis yang anda gunakan. Adalah penting untuk anda semua bekerjasama bagi mewujudkan masa depan di mana semua rakyat negeri ini mempunyai rumah.

“Komuniti yang membangun dengan selesa dan harmoni,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Belanjawan 2025 peluang kerajaan untuk teruskan usaha reformasi ekonomi

Kerajaan telah memulakan langkah reformasi ini dengan memperkenalkan pendekatan berani, seperti pelaksanaan dasar pengapungan harga diesel, yang dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri