Malaysia hantar pulang rakyat Palestin selepas selesai rawatan

Date:

Share post:

Malaysia akan menghantar pulang rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini apabila mereka selesai menjalani rawatan, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan.

Katanya komitmen itu diberikan kepada pemimpin Palestin sebelum rakyat negara itu yang cedera menerima rawatan di Malaysia.

“Janji kita dengan Palestin…mereka (ini) tak nak keluar (dari Palestin) mereka rela mati di negara mereka…mereka nak mati di tanah air sendiri, jadi kita kena hantar mereka pulang.

“Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, mereka tak mahu ke Jordan (dan) sebagainya…biarlah mereka mati di situ, katanya.

“Tapi kita sebagai masyarakat antarabangsa, negara mempunyai hati terhadap penderitaan, sedikit yang kita buat tu janganlah jadi sebagai perkara yang dihebohkan sangat.

“Tak usah risau, ada negeri risau kita akan hantar orang Palestin (ini) duduk di negeri itu, tidak ada,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang membawa rakyat Palestin yang cedera, tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor.

Kedua-dua pesawat itu membawa seramai 41 pesakit dan 86 waris mereka, berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin yang turut serta dalam sidang media itu berkata belum ada sebarangan rancangan bagi penerbangan kedua untuk membawa masuk rakyat Palestin.

“Buat ketika ini belum,” kata Mohamed Khaled ketika ditanya media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...