Pimpinan PH akan mesyuarat mengenai kerusi DUN Mahkota hari ini – Saifuddin

Date:

Share post:

KEPALA BATAS: Majlis presiden Pakatan Harapan (PH) belum membuat sebarang ketetapan berhubung parti yang akan bertanding mewakili kerajaan perpaduan pada PRK DUN Mahkota.

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata Pengerusi Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama parti komponen PH petang ini, di Putrajaya bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Beliau berkata perkara seperti parti yang akan menghantar calon seharusnya diurus menerusi mekanisme dalaman dan bukannya secara terbuka.

“Kami akan adakan pertemuan dan perbincangan, daripada perbincangan itu, barulah kami akan angkat satu ketetapan. Itu prosesnya dan biasanya ia tidak berlaku dengan mana-mana pimpinan di peringkat bawahan yang memberikan pandangan secara terbuka. Ia diurus melalui mekanisme dalaman.

katanya kepada pemberita selepas Majlis Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri di Dewan Millenium.

Saifuddin mengulas pendirian PH selepas Amanah Kawasan Kluang, Johor mahu parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota.

Kerusi DUN Mahkota kosong berikutan kematian penyandangnya, Syarifah Azizah Syed Zain, dan pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah menang kerusi DUN Mahkota mewakili Barisan Nasional (BN) dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti 5,166 undi.

Sementara itu, Saifuddin minta jentera parti fokus pada PRK DUN Nenggiri dan tidak melayan desakan PAS yang mempersoalkan tindakan DAP yang tidak turun berkempen.

Beliau berkata jentera parti perlu terus berkempen supaya dapat memenangkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri, memandangkan berbaki beberapa hari sebelum tamat tempoh berkempen untuk PRK DUN Nenggiri.

Pengundian PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azmawi yang mewakili kerajaan perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail, yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pemimpin negara rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Daim

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sumbangan Daim selama ini tidak ternilai kepada tanah air dan ia menjadi aspirasi kepada generasi akan datang

12 syarikat terkemuka Mesir akan teroka peluang pelaburan di Malaysia

Mesyuarat ini juga berupaya menghasilkan potensi eksport bernilai RM4.8 bilion. Ini menunjukkan peluang perdagangan yang besar, khususnya dalam sektor inovasi bernilai tinggi yang ditetapkan mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030

RM45 juta sumbangan Malaysia kepada rakyat Palestin sejak Oktober 2023

Situasi kini semakin mencabar selepas pintu sempadan Rafah ditutup sejak 7 Mei lalu dan kini, satu-satunya laluan bantuan yang masih beroperasi adalah melalui jambatan Raja Hussein di Jordan

Kementerian Pertahanan harus ambil serius kes buli berulang di ALK

Di dalam pasukan tentera, latihan keras adalah perkara biasa bertujuan membina kekentalan mental dan jiwa yang kuat, seperti pernah dilalui oleh saya sewaktu menjalani latihan ketenteraan