Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan diharap bantu kempen PRK DUN Nenggiri

Date:

Share post:

Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan boleh memainkan peranan bagi memastikan kemenangan calon dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata semasa PRK DUN Pelangai di Pahang tahun lepas, DAP telah membantu kempen yang menyumbang kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

“Apabila mereka pula bertanding di Kuala Kubu Bharu, saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor turun dan membantu memenangkan calon mereka, jadi inilah cara kita bekerja dan saya yakin akhirnya mesti ada sesuatu yang dapat memastikan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan supaya pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen PRK DUN Nenggiri, selepas menghadiri Majlis Perasmian Mini Program Komuniti Desa (PKD) Mobile Negeri Selangor Tahun 2024 di Gombak, di Kuala Lumpur hari ini.

Megat Zulkarnain berkata gesaan itu disifatkan sebagai pendapat peribadi yang tidak mewakili pandangan UMNO.

“Masing-masing ada pendapat tetapi akhirnya kita mesti memikirkan bahawa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak fikir DAP akan tersinggung dengan kenyataan seperti itu … soal mereka (DAP) datang atau tidak (bantu kempen) itu perkara kedua, namun kita mengalu-alukan,” katanya.

Berhubung alasan bahawa DUN Nenggiri ialah kawasan Melayu, Megat Zulkarnain berkata beliau yakin DAP tahu memainkan peranan di kawasan tertentu dan perkara terbabit tidak perlu disensasikan kerana yang penting ialah cara untuk memenangkan calon Kerajaan Perpaduan pada PRK berkenaan bulan depan.

“Sebab itu (pada PRK Pelangai) mereka (DAP) fokus pada Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Telemong yang sememangnya 90 peratus ialah pengundi bukan Melayu. Saya percaya mereka tidak akan masuk ke kampung atau PDM yang tiada pengundi bukan Melayu,” katanya.

Kelab Veteran UMNO sebelum ini dilaporkan secara terbuka menggesa pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos, manakala penamaan calon pada 3 Ogos ini.

-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan