Mustapha Sakmud bakal bertanding kerusi DUN pada PRN Sabah ke 17

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud memberi bayangan bahawa beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Mustapha berkata, pengumuman berkaitan perkara itu akan dilakukan apabila tiba masa yang sesuai.

“Kawasan yang dipilih adalah pasti menang, kita sudah kenal pasti tetapi akan umumkan nanti.

“Kita (PKR) juga akan mempertahankan kerusi DUN sedia ada seperti Inanam dan Api-Api…kita juga akan pastikan ada penambahan kerusi nanti, bukan setakat dua kerusi sahaja…ini pun akan kita umumkan kemudian,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) atau Ketua PKR Sabah berkata, hubungan parti itu di negeri ini kini bertambah baik.

“Selepas mengadakan beberapa program, saya nampak kita boleh bergerak bersama dengan Ketua-Ketua Cabang yang sebelum ini tidak menyokong saya,” katanya.

Beliau menyifatkan perkembangan itu adalah sesuatu yang baik dan PKR Sabah kini mampu berhadapan dengan cabaran selepas ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, sidang media diadakan adalah untuk mengumumkan dan menjemput semua anggota, penyokong dan orang ramai untuk menghadiri acara penting yang julung kali diadakan iaitu Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah.

“Perhimpunan besar ini akan dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Presiden Keadilan.

“Acara ini adalah peluang untuk kita semua bersatu, menunjukkan solidariti dan memperbaharui komitmen kita terhadap kemajuan dan pembangunan negara yang kita cintai. 

“Himpunan perdana ini akan diadakan pada 4 Ogos 2024 (Ahad) bermula jam 8 pagi, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dengan menyasarkan kehadiran seramai 10,000 orang,” katanya.

Katanya, antara agenda dalam program ini adalah mendengarkan Ucapan Utama yang disampaikan oleh Perdana Menteri yang akan menggariskan dasar-dasar kerajaan dan perancangan masa depan untuk negara. 

Selain itu katanya, terdapat juga perbincangan mengenai peranan Keadilan dalam memperjuangkan kesaksamaan. 

“Ada sesi bersama pemimpin akar umbi dan ahli untuk berkongsi pandangan dan aspirasi mereka di samping menampilkan beberapa persembahan kebudayaan yang memaparkan kekayaan warisan Sabah. 

“Antara intipati yang dimuatkan sebagai pengisian dalam Himpunan Perdana ini adalah berkait dengan isu-isu infra rakyat, kemiskinan, isu pengangguran belia, purata pencapaian Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dalam kalangan pelajar Sabah yang rendah dan hal-hal  berkaitan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan