Pemilik kenderaan barangan digesa daftar SKDS 2.0 – Anthony Loke

Date:

Share post:

SEPANG: Kementerian Pengangkutan menggesa pemilik kenderaan barangan supaya segera mendaftarkan kenderaan masing-masing di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 untuk menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan telah memberikan mereka ruang untuk mendaftar kenderaan.

“Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi… kalau tidak mereka akan salahkan kerajaan pula, kata kita tak bagi subsidi dan mereka naikkan harga.

“Jadi ini tanggungjawab mereka untuk tampil ke depan dan daftar. Harga diesel masih tidak berubah untuk mereka yang memegang fleet card SKDS 2.0, jadi saya harap mereka boleh memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman antara Batik Air dan Kia di sini, hari ini.

Loke berkata demikian menjawab pertanyaan media berkaitan pendedahan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh iaitu lebih 180,000 kenderaan barangan didapati masih belum mendaftar di bawah SKDS 2.0 bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Tiada negeri akan dipinggirkan dalam TMM2026 – PM Anwar

TMM2026 adalah satu pendekatan baharu dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama dan ini bermulanya satu inisiatif, ikhtiar supaya betul-betul mencatat pertumbuhan pelancongan ke seluruh negara

MADA terima RM20 juta baiki kerosakan sistem dan infrastruktur pertanian

banjir yang berlaku baru-baru ini bukan hanya merosakkan sebahagian besar tanaman padi tetapi juga kerosakan sistem dan infrastruktur

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia dijangka sekitar 4.9 peratus tahun 2025 – KSI

Penggunaan awam dijangka berkembang lebih pantas, mencerminkan peningkatan perbelanjaan mengurus daripada Belanjawan 2025

Calon SPM berdepan masalah bencana segera hubungi sekolah,JPN

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bersiap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM berlangsung