Serangan balai polis Ulu Tiram : Anggota polis terbunuh dinaikkan pangkat secara anumerta

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis yang terbunuh dalam serangan di balai polis Ulu Tiram pada 17 Mei telah dinaikkan pangkat secara anumerta, hari ini.

Dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dianugerahkan pangkat Koperal secara anumerta.

Acara disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasutiion Ismail dan diterima oleh ibu bapa kedua-dua anggota polis terbabit

Saifuddin berkata dua anggota terbabit turut menerima pampasan masing-masing RM216,632 dan RM213,586 meliputi bantuan mengurus jenazah, syer kerajaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya.

“Bukan nilai ratusan yang diutamakan tetapi untuk meringankan beban keluarga, …kita tidak boleh gantikan kesedihan (kehilangan ahli keluarga) dengan wang ringgit.

“Aspek kebajikan (ahli keluarga PDRM) kita jaga dan ini memperlihatkan hubungan polis (dengan keluarga) tidak terputus,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan Posthumous di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata tiga anggota Balai Polis Ulu Tiram yang terbabit dalam kejadian itu iaitu Koperal Mohd Hasif Roslan, 38; Konstabel Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa dan Lans Koperal Muhammad Aznel Salleh, 30, turut menerima kenaikan pangkat secara medan.

“Tindakan berani anggota dalam insiden terbabit membuktikan modul latihan yang diterima pelatih sebelum menjadi anggota dan pegawai polis adalah berkesan dalam menghadapi situasi kritikal.

“Ini memberi isyarat modul latihan kita mampu melahirkan anggota polis yang mampu menguruskan situasi kritikal dengan kematangan luar biasa.

“Modul latihan yang diberikan tidak ubah seperti operasi, cuti raya tidak boleh balik kampung bagi membiasakan mereka ini, hasilnya anggota yang lulus menjadi anggota kompeten,” katanya.

Tambah beliau, modul latihan terbabit sentiasa berubah mengikut kesesuaian dengan perkembangan dan keperluan keselamatan semasa.

Dalam kejadian 17 Mei lalu, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak.

Susulan kejadian itu, polis menahan lima ahli keluarga suspek berumur 19 hingga 62 tahun mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...