Potensi pelaburan RM1.4 bilion dari Jepun – PM Anwar

Date:

Share post:

TOKYO: Malaysia berpotensi menarik pelaburan RM1.4 bilion dari Jepun dan potensi eksport RM550 juta ke negara itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang memaklumkan perkembangan itu hasil pertemuan dengan rakan sejawatnya di Jepun, Fumio Kishida, di sini hari ini, berkata potensi pelaburan itu meliputi projek di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Pelaburan baharu itu memerlukan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta agensi berkaitan kerana ia membabitkan alam sekitar.

“Kami tegas dalam perkara berkaitan alam sekitar,” kata Anwar pada sidang media semalam dan memaklumkan butiran mengenai perkara berkenaan akan diumumkan kemudian.

Semalam, Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja ke Jepun bermula Rabu lalu, turut bertemu ketua tujuh syarikat terbesar di Jepun yang diadakan secara berasingan.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pertemuan dengan konglomerat Jepun itu membabitkan enam syarikat yang sedia berada di Malaysia dan satu lagi ingin melabur.

Beliau menjelaskan, syarikat yang ingin melabur di Malaysia itu beroperasi dalam industri semikonduktor.

“Syarikat selebihnya umum hasrat mereka untuk menambah pelaburan baharu di Malaysia, khususnya dalam tenaga baharu dan boleh diperbaharui. Pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui boleh cecah RM40 hingga RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Mengenai potensi eksport dari Malaysia ke Jepun, Tengku Zafrul berkata, ia membabitkan produk huluan dan hiliran minyak sawit.

“Diharapkan perdagangan kita dengan Jepun akan meningkat tahun ini. Tahun lalu berjumlah sekitar RM35 bilion,” katanya sambil menambah satu pertiga daripada nilai dagangan itu membabitkan gas asli cecair.

Mengenai pelaburan ke Sabah dan Sarawak, beliau berkata, ia antara lain dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan sektor elektrik dan elektronik.

“Banyak syarikat dalam industri semikonduktor mahukan bekalan tenaga hijau dan mereka melihat potensi itu di Sarawak,” katanya turut memaklumkan syarikat Jepun antara lain berharap Malaysia mempertimbangkan insentif cukai bagi industri itu.

“Ini sektor baharu, jadi mereka perlukan sokongan dari segi subsidi dan insentif cukai. Kerajaan akan buat analisis kos-faedah sebelum memutuskan sebarang insentif untuk sektor berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan