KOTA KINABALU: Sabah sedang memantau secara teliti kesan letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang Indonesia.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor diberi taklimat mengenai situasi itu dan memaklumkan kerajaan sentiasa membuat pemantauan.
“Keselamatan adalah keutamaan dan penting bagi kita mengutamakan keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lebih 20,000 penumpang terjejas berikutan pembatalan semua penerbangan yang dijadualkan keluar dan masuk lapangan terbang di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan hari ini.