Bekalan makanan asas mencukupi sepanjang Syawal – KPKM

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Bekalan makanan asas dijamin mencukupi sepanjang Syawal ini selari dengan keupayaan pengeluaran domestik komoditi makanan utama negara oleh petani, pesawah, peladang, penternak serta nelayan pada Ramadan dan sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan komoditi makanan yang terhad pengeluaran domestiknya pula ditampung melalui pengimportan bekalan makanan untuk keperluan pengguna di pasaran.

Menurut KPKM, penggunaan bekalan makanan asas dalam kuantiti yang besar diperlukan sepanjang Syawal memandangkan tradisi mengadakan rumah terbuka menjadi kelaziman bagi rakyat Malaysia.

“Perhatian diberikan kepada lapan komoditi makanan utama yang ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) iaitu beras, ayam, telur, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut dan susu segar bagi memastikan bekalannya mencukupi,” menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan kebolehcapaian komoditi makanan utama berkenaan juga akan disokong oleh outlet pemasaran di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), selain pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

Dalam masa sama, KPKM turut menggalakkan amalan penggunaan bekalan makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran makanan khususnya dalam tempoh penganjuran rumah terbuka sepanjang Syawal.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)