KWSP terus kukuh imbangi portfolio pelaburan dalam dan luar negara

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Menurut Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, kejayaan KWSP dalam mengekalkan kestabilan pelaburan diperkukuhkan oleh pemilikan saham dalam syarikat strategik, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan entiti awam.

Faktor ini, bersama pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan, telah mendorong keuntungan berganda dalam pelbagai industri, khususnya sektor perbankan.

“Pelaburan atau pegangan saham KWSP dalam beberapa syarikat strategik amat membantu.

“Pada tahun 2024, kita melihat keadaan ekonomi negara yang mampan dengan banyak syarikat mencatatkan keuntungan tinggi, terutama dalam sektor perbankan,” katanya.

Selain itu, penekanan terhadap Alokasi Aset Strategik (SAA) juga penting bagi mengekalkan pulangan konsisten dan melindungi modal pokok pencarum.

Strategi ini bukan hanya bergantung kepada perubahan nilai ringgit atau keuntungan tukaran mata wang asing, tetapi juga pendekatan berhemah dalam menyesuaikan pelaburan antara pasaran tempatan dan antarabangsa.

“KWSP mempunyai strategi yang baik dalam keluar masuk pasaran dan mengimbangi risiko pelaburan.

“Selain itu, dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus turut membantu kestabilan kewangan domestik,” jelasnya lagi.

Dengan separuh pendapatan pelaburan KWSP berpunca daripada pasaran global, kepekaan terhadap pergerakan ekonomi antarabangsa perlu menjadi keutamaan.

“KWSP harus sentiasa peka terhadap perubahan pasaran global dan bekerjasama dengan rangkaian pelaburannya di luar negara untuk mengenal pasti arah pasaran serta mengambil tindakan yang sesuai,” ujarnya ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Selasa.

Strategi holistik ini bukan sahaja mengukuhkan daya tahan KWSP dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran tetapi juga memastikan pulangan mampan kepada lebih 15 juta pencarum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...