Premier Sarawak zahir penghargaan kepada PM atas pengiktirafan PETROS

Date:

Share post:

SIBU: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petroleum Sarawak (PETROS) sebagai agregator gas di Sarawak.

Beliau berkata penyertaan PETROS dalam bidang minyak dan gas adalah sebahagian usaha Sarawak untuk bergerak ke hadapan dalam menyertai seluruh ekosistem ekonomi berdasarkan prinsip kerjasama.

“Kita bukan lokek. Apa yang kita ada, kita kongsi. PETRONAS (Petroliam Nasional Bhd) dan PETROS mesti bekerjasama,” tegasnya sambil menekankan kepentingan bersama dalam kerjasama ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu di sini, semalam.

Pada sesi penerangan di Dewan Rakyat pagi semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri berkenaan.

Anwar menjelaskan bahawa hasrat itu termaktub dalam Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO), yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.

“DGO, apabila dibaca bersama Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), memperuntukkan bahawa Petros (Petroleum Sarawak Bhd) berperanan sebagai agregator di Sarawak,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan itu tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada PETRONAS dan anak-anak syarikatnya.

Pada majlis yang sama, Abang Johari berkata Sarawak mempunyai kawalan tertentu ke atas sektor ekonomi yang disertainya hasil daripada kekuatan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Beliau menggesa semua parti dalam GPS untuk terus bersatu dan mengekalkan kekuatan gabungan itu agar Sarawak dapat menyertai lebih banyak sektor ekonomi serta mencapai perubahan dan pembangunan yang lebih besar pada masa hadapan.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...