90 tahanan Palestin dan 3 tahanan Israel dibebaskan susulan genjatan senjata Gaza

Date:

Share post:

GAZA: Hamas membebaskan tiga tebusan Israel dan Israel membebaskan 90 tahanan Palestin semalam, juga hari pertama gencatan senjata menghentikan perang 15 bulan yang memusnahkan Gaza dan menyebabkan pergolakan di Asia Barat.

Tiga tebusan wanita Israel yang dibebaskan semalam di Gaza disatukan semula dengan keluarga mereka manakala sorakan, nyanyian, dan bunyi hon kereta mengiringi dua bas membawa tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel hari ini, memeriahkan suasana di bandar Beitunia, Tebing Barat yang diduduki.

Bas tersebut membawa sebahagian daripada 90 tahanan yang dibebaskan susulan perjanjian gencatan senjata Gaza yang bermula semalam.

selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada pagi semalam, ribuan rakyat Palestin yang terkesan dengan perang sebelum ini memulakan perjalanan pulang ke rumah mereka di seluruh Semenanjung Gaza.

Di Jabalia, ratusan rakyat Palestin bergerak menyusuri laluan berpasir, menuju ke kawasan yang dipenuhi runtuhan dan bangunan yang musnah.

Gencatan senjata selama 42 hari itu dimeterai oleh negara perantara Qatar, Amerika Syarikat (AS) dan Mesir.

Ia bertujuan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan yang begitu diperlukan masuk ke Gaza, sementara lebih banyak tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran dengan rakyat Palestin dalam tahanan Israel.

Pasukan tentera Israel mula meninggalkan beberapa kawasan dan pihak-pihak berunding mengenai syarat gencatan senjata kekal.

Tiga tebusan wanita Israel berkenaan tiba di sebuah hospital di tengah Israel selepas bertemu semula dengan ibu mereka.

Emily Damari, Romi Gonen dan Doron Steinbrecher dibawa pulang ke Israel oleh pasukan keselamatan selepas pejuang Hamas menyerahkan mereka kepada Palang Merah di sebuah kawasan sesak dengan orang ramai.

Dalam pada itu, seramai 33 tebusan Israel, 31 daripadanya ditahan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023, dijadualkan kembali dari Gaza sebagai pertukaran untuk kira-kira 1,900 tahanan Palestin.

Daripada jumlah itu, lebih 230 tahanan Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas serangan maut terhadap rakyat Israel dijangka dihantar ke luar negara, terutama ke Qatar dan Turkiye, menurut senarai yang diumumkan oleh pihak berkuasa Israel.

Pertukaran tahanan-tebusan berikutnya dijangka berlangsung pada Sabtu depan, kata seorang pegawai kanan Hamas kepada AFP.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata pihaknya menyambut baik gencatan senjata itu, yang penting bagi menghapuskan halangan besar keselamatan dan politik bagi penghantaran bantuan.

Gencatan senjata berkenaan bertujuan membuka jalan untuk penamatan perang secara kekal, namun fasa kedua masih belum dimuktamadkan.

Gencatan senjata itu juga difahamkan mula berkuat kuasa hampir tiga jam lebih lewat daripada jadual awal dan ketika kelewatan itu, tentera Israel mendakwa mereka tetap meneruskan operasi.

Agensi pertahanan awam wilayah berkenaan turut melaporkan 19 orang terbunuh dan 25 cedera dalam pengeboman pada saat terakhir sebelum gencatan senjata berkuatkuasa. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan berhasrat kembalikan Malaysia sebagai hab industri koko di Asia

Sekarang nilai harga bagi satu tan biji koko adala RM46,000 berbanding nilai tanaman yang lain. Justeru ia mampu untuk menghasilkan rangkaian bekalan kepada industri pengisaran dan pengilangan biji koko

Setiap rakyat punya hak yang sama untuk mengundi – PM Anwar

"Malah, saya beritahu untuk jangan lakukannya menerusi kedutaan (untuk proses pengundian). Gunakan beberapa mekanisme supaya orang ramai boleh datang dan mengundi, walaupun ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan dana untuk ini,"

Beberapa kawasan di Sandakan mengalami banjir kilat

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memindahkan empat mangsa yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir di kawasan kediaman mereka

Berwaspada hadapi banjir akibat luruan monsun di kawasan berisiko – Fahmi

Agensi Pengurusan Bencana Negara sentiasa bersedia untuk hadapi dan (begitu juga) bagi agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia