Calon SPM berdepan masalah bencana segera hubungi sekolah,JPN

Date:

Share post:

IPOH: Seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara dinasihatkan memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera jika tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan bencana.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan JPN di seluruh negara.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bersiap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM berlangsung.

“Sepanjang tempoh peperiksaan SPM ini, seramai 44,968 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

“Kita mengingatkan semua calon merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Calon diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2024,” katanya selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM bertulis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Perak, Safuan Raba’ai berkata, seramai 31,705 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM di 323 pusat peperiksaan seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 27,942 calon daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

“Selain itu, seramai 1,358 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah Perantis Tentera, manakala calon sekolah menengah agama negeri adalah seramai 65 orang saja.

“Jumlah itu juga merangkumi 287 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 1,562 calon persendirian dan baki 491 orang adalah calon sekolah menengah agama rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)