Berakhirnya Generasi Alpha dan Generasi Beta bermula

Date:

Share post:

KALENDAR 2024 telah pun ditutup dan diganti dengan kedatangan tahun baharu 2025.

Seiring pertambahan tahun, generasi baharu juga ikut ‘muncul’.

Dunia menyambut Generasi Beta sebaik 1 Januari 2025 menyapa. Maka ucap selamat tinggal kepada Generasi Alpha.

Menurut onlymyhealth.com, generasi Beta atau Gen Beta adalah golongan kanak-kanak yang lahir di antara 1 Januari 2025 sehingga tahun 2039.

Generasi Alpha pula mengakhiri ‘zaman’ mereka pada 2024 selepas kelahiran sejak 2010.

Sebelumnya, golongan Generasi Z lahir di antara tahun 1996 sehingga 2010 sementara milenial lahir pada 1981 sehingga 1996.

Setiap generasi dapat dilihat daripada gaya hidup, politik, sosio-ekonomi dan landskap teknologi.

Justeru kelahiran Gen Beta disifatkan akan membesar dan hidup dengan kemajuan teknologi serta memiliki pengetahuan tentang dunia digital yang sangat mendalam.

Mereka juga dijangka akan memiliki kesedaran terhadap kesihatan mental yang lebih baik selepas ibu dan bapa datang daripada generasi yang telah berdepan dengan masalah tersebut. –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...