Kos menunaikan haji kekal RM33,300 bagi tahun 2025

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM15,000 bagi kumpulan B40, manakala bagi kumpulan M40, RM23,500 dan bayaran penuh sebanyak RM33,300 bagi kumpulan T20.

Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman dalam sidang media khas hari ini.

Kos haji kekal 33,300 sebagaimana tahun lalu

Syed Hamadah berkata, kos haji bagi musim 1446H/2025M dikekalkan sebagaimana tahun lalu iaitu RM33,300 bagi seorang jemaah.

Katanya, bagi tujuan mengekang kenaikan kos, TH mengambil pelbagai langkah perlu termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan.

“TH dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji tahun ini di mana ia masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah.

“Bagi mengawal kos, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak meningkat,” katanya.

Katanya, kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dengan ia adalah di luar kawalan TH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...