Kerajaan zahir penghargaan kepada sektor swasta,korporat atas bantuan kepada mangsa banjir

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan berkenaan di samping yang digerakkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa dan jentera kerajaan menunjukkan kekuatan luar biasa rakyat untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah dihadapi.

“Kerajaan menerima baik keprihatinan sektor korporat dalam membantu mangsa banjir. Setakat Oktober, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) seperti PNB (Permodalan Nasional Berhad), Petronas, Yayasan Hasanah dan Pharmaniaga telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM10 juta.

“Insya-Allah hari ini juga, saya akan menerima sumbangan bantuan banjir daripada syarikat swasta terkemuka dengan jumlah terkumpul lebih RM35 juta… jadi di Dewan yang mulia ini, bagi pihak Dewan (Negara) saya ucapkan penghargaan kepada semua,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara di sini hari ini.

Selasa lalu, Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menggesa sektor swasta untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir, sama ada dari segi sumbangan dana atau menghantar jentera bantuan ke kawasan terjejas.

“Kita syukur apabila kita buat seruan kepada sektor korporat ini untuk turut membantu. Selama ini memang ada Khazanah, bank-bank selain GLC PNB, Petronas, Yayasan Hasanah dan Pharmaniaga, (tapi) ini sebaik kita umum hasrat, dalam dua hari (berjaya) dapat RM35 juta tanpa apa-apa kempen tambahan.

“Inilah pentingnya kalau kita urus tatakelola dengan baik, tidak punggah kekayaan untuk diri sendiri, peribadi dan untuk kayakan keluarga,” katanya.

Jumlah mangsa di negeri-negeri terjejas banjir pagi ini merekodkan penurunan kepada 65,899 orang berbanding 67,453 orang malam tadi.

Kelantan, Pahang dan Johor merekodkan sedikit peningkatan dari segi jumlah mangsa banjir, manakala tiga negeri iaitu Terengganu, Perak dan Kedah berkurangan sementara Melaka kekal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...