JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam fasa akhir untuk memuktamadkan perolehan kad pengenalan (MyKad) struktur baharu yang bakal mengantikan kad pengenalan sedia ada yang dikeluarkan sejak 2012.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.

“Ia juga bagi membendung sebarang cubaan untuk memalsu dan menyalahgunakan MyKad yang menjadi dokumen penting bagi Malaysia,” katanya menjawab soalan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias sebelum ini dilaporkan berkata, semua fungsi MyKad jenis lama akan dimansuhkan sebaik MyKad generasi baharu diperkenalkan bagi mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan.

Menjawab soalan tambahan Mandzri, Shamsul berkata, MyKad generasi baharu dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih itu diperbuat daripada bahan ‘polycarbonat’ yang sudah diuji ketahanannya di makmal bertauliah.

“Ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan berkapasiti storan yang lebih besar dengan piawaian keselamatan yang dipertingkatkan. Kad ini kita buat untuk bendung masalah pemalsuan kad pengenalan dan kebocoran data.

“Reka bentuk MyKad baharu ini juga tampil lebih moden dengan elemen seperti tulisan laser dan hologram yang lebih maju selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Ciri keselamatan terkini itu diyakini mampu mengatasi isu pemalsuan,” katanya.

Menyentuh kos penggantiannya, Shamsul berkata, JPN sedang menjalankan kajian pasaran bagi memastikan pelaksanaan MyKad baharu itu memenuhi prinsip nilai faedah terbaik.

“Usaha ini untuk memastikan kos pengeluaran yang tidak membebankan kerajaan, selain menjamin penggunaan sumber secara optimum sejajar garis panduan ditetapkan kerajaan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut), beliau berkata, JPN sentiasa mejalankan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti pemalsuan MyKad dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain.

“Sepanjang tempoh 2022 hingga 31 Oktober lalu, sebanyak 2,103 operasi penguatkuasan sudah dilaksanakan JPN di seluruh negara terdiri 1,606 oleh penguat kuasa JPN dan 497 operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasa lain.

“Daripada operasi dijalankan, JPN sudah menahan 519 individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Daripada jumlah itu, seramai 190 sudah didakwa, di mana 130 individu memiliki MyKad palsu dan 60 individu MyKad milik orang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)