Pemimpin negara rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Daim

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Pemimpin negara merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini.

Rata-rata menyifatkan pemergian Daim sebagai satu kehilangan besar untuk negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Daim seorang tokoh pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

Justeru, beliau mendoakan supaya keluarga Daim dipermudahkan segala urusan mereka selain tabah menhadapi dugaan ini.

“Pagi ini kita menerima berita sedih pemergian Tun Daim Zainuddin yang telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa beliau, menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman dan menganugerahkan pahala untuk segala sumbangan beliau kepada negara,” katanya yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) menerusi platform X.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sumbangan Daim selama ini tidak ternilai kepada tanah air dan ia menjadi aspirasi kepada generasi akan datang.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya Presiden AMANAH itu.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Daim.

“Salam takziah saya sampaikan buat keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan negara di atas pemergian beliau pada hari ini.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya yang juga Pengerusi DAP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah

Kos keseluruhan pampasan tanah Projek Lebuhraya Pan Borneo berjumlah RM2.53 bilion

Salah satu cabaran besar dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah pengambilan tanah terutamanya tanah di bawah hak milik adat

Penggantungan NAFAS tidak menjejaskan operasi, obligasi dan kewajipannya – Mohamad sabu

Sepanjang tempoh penggantungan ini, Pendaftar Pertubuhan Peladang akan memantau urusan harian NAFAS di samping menambah baik tadbir urus dan tatakelola NAFAS bagi memperkasa semula NAFAS secara holistik