12 syarikat terkemuka Mesir akan teroka peluang pelaburan di Malaysia

Date:

Share post:

KAHERAH: Sebanyak 12 syarikat pembuatan terkemuka Mesir berminat untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata wakil syarikat pembuatan itu menyatakan minat mereka ketika menyertai mesyuarat meja bulat yang diadakan di sini sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir selama empat hari yang berakhir hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan, seterusnya melonjakkan ekonomi negara ke tahap lebih baik.

“Mesyuarat meja bulat yang diadakan secara tertutup ini dihadiri kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan daripada 47 syarikat terkemuka dan persatuan perniagaan dari Mesir.

“Mesyuarat ini juga berupaya menghasilkan potensi eksport bernilai RM4.8 bilion. Ini menunjukkan peluang perdagangan yang besar, khususnya dalam sektor inovasi bernilai tinggi yang ditetapkan mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030,” katanya katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak 28 syarikat industri bernilai tinggi termasuk dalam sektor automotif, kimia dan oleokimia, makanan, produk berasaskan minyak sawit, penjagaan peribadi, tenaga boleh baharu, logistik, kewangan dan pembinaan turut hadir pada sesi meja bulat itu.

Beliau berkata, semua syarikat itu kini mengimport barangan dan perkhidmatan dari Malaysia bernilai RM505.2 juta.

Katanya, wakil syarikat yang hadir pada sidang meja bulat itu turut menyatakan minat mereka memperoleh pelbagai produk dan perkhidmatan daripada pembekal Malaysia.

“Barangan itu termasuk alat ganti dan komponen automotif, minyak sawit, minyak dan lelemak makan, oleokimia, bahan pencuci, bahan kimia khas, panel solar dan inverter, bahan binaan serta produk makanan dan minuman,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, mesyuarat meja bulat itu turut dihadiri 20 syarikat Malaysia yang menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Mesir sebagai delegasi perniagaan.

Beliau berkata, syarikat Malaysia terbabit memaklumkan Mesir berpotensi dijadikan sebagai hab pemasaran bagi Asia Barat dan Afrika Utara.

“Pada masa sama, kita membuka semula sepenuhnya pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Kaherah pada Januari lalu dan kedudukan strategik Mesir sebagai pusat perdagangan di Afrika Utara dan rantau Arab mampu menawarkan potensi yang besar kepada syarikat Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah

Kos keseluruhan pampasan tanah Projek Lebuhraya Pan Borneo berjumlah RM2.53 bilion

Salah satu cabaran besar dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah pengambilan tanah terutamanya tanah di bawah hak milik adat

Penggantungan NAFAS tidak menjejaskan operasi, obligasi dan kewajipannya – Mohamad sabu

Sepanjang tempoh penggantungan ini, Pendaftar Pertubuhan Peladang akan memantau urusan harian NAFAS di samping menambah baik tadbir urus dan tatakelola NAFAS bagi memperkasa semula NAFAS secara holistik