Ucapan tahniah daripada pemimpin dunia buat Donald Trump

Date:

Share post:

HONG KONG: Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada calon Republikan, Donald Trump, selepas memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024, ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului pencabarnya mewakili Demokrat, Kamala Harris.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan kemenangan itu sebagai satu kehadiran semula bersejarah bagi bekas pemimpin AS itu dan permulaan baharu dalam perikatan AS-Israel.

“Tahniah atas kejayaan terbesar dalam sejarah!. Kehadiran semula yang bersejarah anda ke Rumah Putih memberikan permulaan baru untuk Amerika dan satu komitmen semula yang kuat terhadap perikatan hebat antara Israel dan Amerika. Ini adalah kemenangan besar!,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media berkata, China berharap akan wujudnya “kebersamaan yang aman” dengan AS.

“Kami akan terus mendekati dan menangani hubungan China-AS berdasarkan prinsip saling menghormati, kebersamaan yang aman dan kerjasama yang saling menguntungkan.

“Kami menghormati pilihan rakyat AS,” katanya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut mengucapkan tahniah kepada Trump dan berkata, negara itu sedia bekerja dengan rasa ‘hormat’ seperti ketika menjadi Presiden AS sebelum ini.

Dalam hantara di platform X, Macron berkata, hubungan dengan Trump akan mengambil kira semua aspek demi keamanan dan kemakmuran bersama.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pula berkata, kemenangan Trump itu diharap dapat memberi keamanan kepada Ukraine yang kini sedang berdepan dengan serangan Russia.

“Saya menghormati komitmen Presiden Trump ke atas keamanan menerusi kekuatan dalam hubungan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut mengucapkan tahniah kepada kemenangan Trump.

“Setinggi-tinggi tahniah sahabatku @realDonaldTrump atas kemenangan bersejarah dalam pilihan raya.

“Semasa anda membina kejayaan dari penggal sebelumnya, saya berharap untuk memperbaharui kerjasama kita,” kata Modi di platform media sosial X.

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutter berkata, kemenangan Trump akan menguatkan lagi organisasi itu.

“Kempemimpinan Trump akan menjadi kunci utama kekuatan pertubuhan ini dan saya berharap dapat bekerjasama dengannya sekali lagi untuk meningkatkan keamanan bersama NATO,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...