Raikan Deepavali dengan meriah dan penuh gembira buat semua rakyat Malaysia – PM Anwar

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama meraikan perayaan Deepavali dengan meriah dan kegembiraan di seluruh negara.

Mewakili seluruh jentera kerajaan dan rakyat, beliau mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu.

“Hari ini menandakan, dari sudut sejarahnya dan pengajaran ialah kemenangan dari kezaliman dan kegelapan, kepada cahaya kebenaran dan keadilan.

“Mudah-mudahan kita sambut dengan meriah dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama, sama-sama sambut kemeriahan dan kegembiraan. Terima kasih, nandri,” katanya.

Beliau menzahirkan ucapan berkenaan dalam video pendek sempena Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya yang akan disambut esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...