Bekalan makanan akan mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut – Mohamad Sabu

Date:

Share post:

BUTTERWORTH: Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar).

Beliau berkata pihaknya sudah membuat persiapan berdasarkan pengalaman lepas bagi menghadapi keadaan cuaca tidak menentu termasuk kemungkinan hujan yang lebih lebat pada MTL tahun ini.

“Mencukupi atau tidak, kalau ikut pengalaman lepas memang kita dapat sediakan dengan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pendaratan ikan tuna di Dermaga Bagan Dalam di sini semalam.

Mohamad berkata kerajaan dalam apa jua keadaan akan memastikan makanan tetap cukup untuk rakyat walaupun harganya mungkin turun naik bergantung pada bekalan semasa.

Terdahulu Mohamad menyaksikan pendaratan 75 tan ikan tuna hasil tangkapan oleh syarikat tempatan, Alpha Ocean Resources Bhd Group (AORB Group).

Syarikat itu melakukan penangkapan ikan tuna tiga kali setahun dan ini merupakan yang ketiga untuk tahun ini dengan hasil tangkapan dieksport ke Jepun, Singapura, Vietnam, Thailand dan Amerika Syarikat. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...