Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurang kepada sekitar 7.5 peratus mengakhiri 2024 berbanding 8.6 peratus pada 2023 dan 10.2 peratus pada 2022, kata Kementerian Kewangan.

Penurunan itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tidak melebihi 60 peratus dapat dicapai dalam tempoh jangka sederhana seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850).

Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.22 trillion.

“Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023,” kata Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam.

Kementerian Kewangan berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkenaan langkah-langkah kerajaan untuk membayar hutang dan strategi mengurangkannya pada tahun-tahun akan datang.

Menurut kementerian itu, beberapa langkah kawalan telah dan akan dilaksanakan untuk mengurangkan paras hutang termasuk pelaksanaan konsolidasi fiskal bagi memastikan pinjaman baharu lebih rendah, memperluas asas hasil, pelaksanaan subsidi diesel bersasar dan penilaian semula pelaksanaan serta pembiayaan projek mega bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian ekonomi.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...