Izzuddin dan Sze Fei akan sertai RTG – Hannah

Date:

Share post:

KAJANG: Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) sedia mempertimbangkan keputusan menyenarai masuk beregu lelaki profesional negara Nur Izzuddin Mohd Rumsani-Goh Sze Fei dalam program berkenaan pada mesyuarat akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini, sekali gus menepati kriteria untuk disenaraikan dalam RTG iaitu berada di kelompok 10 terbaik dunia.

“Prestasi mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) memang semakin meningkat dan saya ucapkan tahniah kepada mereka. Saya berharap mereka dapat teruskan konsistensi ini.

“Sekarang ini untuk RTG memang kedudukan 10 terbaik dunia dalam bidang sukan masing-masing, kita akan bantu mereka ke Sukan Olimpik.

“Saya kira dengan prestasi Sze Fei dan Nur Izzuddin ada harapan besar untuk kita masukkan dalam jawatankuasa RTG,” katanya kepada pemberita ketika sidang media Program Rakan Muda: Skills For Life Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) bidang perkhidmatan kedi di Kelab Golf dan Rekreasi Penjara Kajang di sini hari ini.

Semalam, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya meraih kejuaraan ketiga mereka selepas memenangi acara beregu lelaki pada Terbuka Artik selepas menumbangkan beregu kedua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19.

Hannah ketika mengulas program yang dijalankan hari ini berkata ia adalah inisiatif bersama Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Jabatan Penjara.

Beliau berkata ia bertujuan memberi latihan kemahiran dalam perkhidmatan kedi kepada prospek-prospek lelaki di Penjara Kajang.

“Saya percaya dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah AKBG, para peserta akan mendapat latihan berkualiti sejajar dengan pengalaman mereka.

“Dengan pendedahan sebegini, ia dapat membantu meningkatkan kompetensi individu serta membuka peluang kepada mereka menceburi bidang pekerjaan dalam industri golf tempatan,” katanya.

Seramai 20 orang prospek lelaki mengikuti latihan kemahiran bidang perkhidmatan siri satu bermula hari ini (14 Okt) sehingga Jumaat (18 Okt).

Prospek yang mengikuti latihan berkenaan berpeluang menyambung pengajian dalam Program Kursus Perkhidmatan Kedi sepenuh masa selama enam bulan di AKBG. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...