Laksanakan projek Persekutuan di Sabah tanpa perlu tunggu geran tanah – Hajiji

Date:

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek pembangunan Persekutuan untuk sekolah dan klinik boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu geran pemilikan tanah selagi tanah tersebut telah diwartakan bagi tujuan tersebut.

“Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa tidak perlu menunggu geran pemilikan tanah, selagi tanah tersebut telah diwartakan untuk projek pembangunan Persekutuan.

“Jika tanah diperlukan untuk membina sekolah atau klinik, kita mesti memudahkan supaya tidak ada kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek ini,” katanya dalam kenyataan selepas lawatan kerjanya ke Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, kementerian berkenaan juga digesa berhubung dengan agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama.

“Jika ada keterlibatan dan kerjasama, kita akan dapat melaksanakan projek pembangunan dengan lancar,” katanya.

Hajiji juga memuji kementerian tersebut atas pelan proaktif mereka untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, antaranya melalui penubuhan Pusat Autisme Sabah di Sembulan dan perolehan mesin pengimbas Positron Emission Tomography (PET) dan pengimbas Single-Photon Emission Computed Tomography (SPECT) bernilai jutaan ringgit.

Mesin pengimbas PET dan SPECT untuk pengesanan kanser ini kini ditempatkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

Sebelum itu, Ketua Menteri dan rombongan diberi taklimat oleh Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Maria Chong mengenai program dan rancangan pada masa depan.

“Saya melihat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sebagai komponen penting dalam sistem kerajaan lebih-lebih lagi kesejahteraan rakyat adalah antara fokus dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” kata Hajiji. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version