KKR komited lengkapkan projek Lebuhraya Pan Borneo

Date:

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk melengkapkan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi meningkatkan jaringan infrastruktur jalan raya Persekutuan di Sabah.

Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan di antara 36 hingga 48 bulan dengan kos yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan bernilai RM13.989 bilion.

Penyerahan SST kepada kontraktor yang dilantik disampaikan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dalam satu majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Fasa 1B dipecahkan kepada 19 daripada keseluruhan 35 Pakej Kerja untuk LPB Sabah Fasa 1, dengan skop projek melibatkan pembinaan Jalan Persekutuan baharu dari Kota Belud ke Kudat serta penambahbaikan Jalan Persekutuan dari Ranau ke Lahad Datu sepanjang 370 kilometer.

Pakej Kerja Fasa 1B akan dilaksanakan seperti berikut: a) Jajaran North West: Pakej Kerja 11 – 14 (Kota Belud ke Kudat); b) Jajaran South East: Pakej Kerja 16 – 20 (Tawau ke Lahad Datu); c) Jajaran North East: Pakej Kerja 22 – 26 (Lahad Datu ke Sandakan); dan d) Jajaran Central: Pakej Kerja 31 – 35 (Telupid ke Ranau)

Kontraktor juga diharapkan untuk mengutamakan aspek keselamatan di tempat kerja sepanjang masa dan di masa yang sama menjaga alam sekitar Negeri Sabah.

LPB Sabah merupakan sebuah projek Kerajaan Persekutuan berimpak tinggi yang dapat memberi limpahan manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya Negeri Sabah, meningkatkan mobiliti dan aksesibiliti, meluaskan keterhubungan antara bandar yang menjadi pemangkin positif kepada sosio ekonomi rakyat Sabah menerusi mod jaringan jalan raya yang lebih efisyen, selesa dan selamat.

Ia sekali gus dapat mencetuskan pembangunan kawasan-kawasan berpotensi tinggi di sepanjang jajarannya, terutamanya untuk sektor pertanian, eko-pelancongan dan perindustrian.

Justeru, KKR berharap semua kontraktor yang dilantik akan melaksanakan kontrak dengan amanah dengan memberi penekanan kepada kerja yang berkualiti khususnya dari segi pematuhan kepada kualiti mengikut spesifikasi piawai, kos dan masa yang ditetapkan.

Kontraktor juga diharapkan untuk mengutamakan aspek keselamatan di tempat kerja sepanjang masa dan di masa yang sama menjaga alam sekitar Negeri Sabah.

KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan memantau kualiti kerja serta menilai prestasi setiap kontraktor di setiap peringkat dalam memastikan LPB Sabah akan menjadi lebuh raya yang boleh menjadi kebanggaan negara khususnya rakyat negeri Sabah di samping menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya selari dengan aspirasi Program MYJalan KKR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version