KPKM akan gabung tujuh agensi penguat kuasa perkukuh kawal selia agromakanan – Mohammad Sabu

Date:

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menggabungkan tujuh agensi penguat kuasa bagi memperkukuh kawal selia sektor agromakanan.

Tujuh agensi terlibat adalah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata cadangan mengenai langkah reformasi perkhidmatan awam itu akan dibawa untuk perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat pada 1 November ini.

“Reformasi yang sedang diusahakan kementerian ini bukanlah kerana ada agenda politik, tetapi ia dilakukan adalah untuk kebaikan dan masa depan industri,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KPKM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalannya Datuk Arthur Joseph Kurup dan Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak.

Mohamad berkata penggabungan tujuh agensi penguatkuasaan berkenaan melibatkan keseluruhan 2,030 anggota penguat kuasa dan 14 akta, bagi memastikan penguatkuasaan lebih optimum agar isu ketirisan dan penyeludupan dapat dibendung dengan lebih berkesan.

Pada masa sama, beliau berkata reformasi pentadbiran turut dilaksanakan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam masa terdekat.

“Sukacita saya ingin umumkan bahawa melalui langkah yang diambil, KPKM adalah kementerian pertama menyahut seruan Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda reformasi perkhidmatan awam melalui penggabungan penguat kuasa di bawah KPKM,” katanya. 

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version