Tanam pendidikan Islam di awal usia kanak-kanak agar tidak lari dari landasan sebenar – Zahid Hamidi

Date:

KLUANG: Pembelajaran mengenai agama Islam harus ditanam pada awal usia supaya akidah kanak-kanak Muslim tidak lari daripada landasan sebenar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pendidikan Islam yang bertunjangkan al-Quran dapat membimbing kanak-kanak tentang cara hidup Islam yang lengkap dan tidak menyesatkan. 

“Soal agama bukan milik parti politik, dalam soal untuk mensyumulkan agama bukan milik individu dan dalam soal mengimarahkan agama bukan milik mana-mana organisasi, sebaliknya ia tanggungjawab pemimpin dan ummah keseluruhannya.

“Sebab itu kalau ilmu itu menyesatkan, ditunggang, apatah lagi agama itu dijadikan sebagai pacuan untuk mencapai cita-cita politik, Allah tak akan terima … dan kita mesti membetulkan situasi itu daripada terus berlaku,” katanya. 

Ahmad Zahid berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor Tahun 2024 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid. 

Berhubung Pra Tahfiz, Ahmad Zahid berkata program itu yang dilaksanakan di Tabika KEMAS menggunakan kaedah pembelajaran menyeronokkan yang “dipandu” Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi memudahkan kanak-kanak mengingati ayat al-Quran dalam bacaan tepat dengan cepat.

Beliau juga mengalu-alukan kerajaan Johor untuk menerapkan kaedah sama di semua tadika di Johor dengan pihaknya bersedia untuk berkongsi modul pembelajaran berkenaan. 

Sementara itu, KEMAS menerusi kenyataan memaklumkan lebih 62,175 kanak-kanak Tabika KEMAS telah mengikuti program Pra Tahfiz di seluruh negara setakat ini.

Daripada jumlah itu, 7,758 kanak-kanak mengikuti program berkenaan di Johor melibatkan 552 kelas Tabika KEMAS daripada 1,161 jumlah keseluruhan kelas Tabika KEMAS di negeri ini. 

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version