Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Date:

KOTA KINABALU – Parti AMANAH Negeri Sabah, menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pengumuman kenaikan Pemberian Khas Interim kepada Sabah yang kini dinaikkan kepada RM600 juta bermula tahun 2025 menerusi kenyataan media yang disampaikan oleh Tuan Lahirul Latigu Pengerusi Parti AMANAH Sabah.

Menurut beliau, Peningkatan ini adalah hadiah yang sangat bermakna kepada rakyat Sabah sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Sabah pada 16hb Sept ini. Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah.

Pemberian khas ini bukan sahaja membawa makna dalam bentuk kewangan, tetapi ia juga melambangkan perhatian dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan unik Sabah.

Dengan dana tambahan ini, Sabah akan dapat menjalankan lebih banyak projek pembangunan, terutamanya dalam bidang infrastruktur yang sangat diperlukan. Kenaikan geran ini akan membolehkan negeri mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek yang memberi manfaat terus kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar yang memerlukan sokongan tambahan.

Lahirul turut menghargai usaha YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyelesaikan 7 tuntutan di bawah Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPM63) kurang 2 tahun di bawah kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri. Antaranya pengiktirafan JKR Sabah sebagai Jabatan Teknikal, penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas, pindaan Akta Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) yang memberi lantikan terhadap wakil Sabah, penyerahan kuasa kawal selia elektrik melalui Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), penyelarasan badan pentadbiran badan kehakiman dan garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud persekutuan.

Kata beliau lagi, dengan adanya komitmen seperti ini, AMANAH Sabah yakin bahawa masa depan Sabah akan lebih cerah, selari dengan matlamat pembangunan dan kesejahteraan bersama seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version