PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini di Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Esok (12 Sept), Anwar dijadual melawat Felda Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi untuk menghadiri Karnival Segalanya Felda.

Hajiji turut dijadual hadir pada karnival berkenaan.

Pada majlis itu, Anwar akan disambut dengan persembahan kebudayaan tarian sambut tamu negeri Sabah dan tayangan video bertajuk ‘Mimpi Seorang Ayah’ yang memaparkan kisah peneroka Felda.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, yang juga akan dihadiri Hajiji.

Anwar dijadual berlepas pulang pada petang esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...