JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Date:

Share post:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Pun begitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, menjelaskan ada beberapa langkah yang perlu diambil sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda.

“Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata menteri itu dan dilaporkan Free Malaysia Today hari ini.

Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media di Persidangan Antarabangsa Undang-undang Keluarga 2024 di Shah Alam, Selangor.

Ketika ini, pengusaha restoran atau pemilik perniagaan makanan tidak tertakluk kepada mana-mana akta yang mewajibkan mereka memiliki sijil halal, sebaliknya mereka boleh memohon pengiktirafan itu secara sukarela.

Tiga hari lalu Jakim mengumumkan enam restoran popular yang sering dikunjungi umat Islam tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.

Namun, premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best pula mempunyai empat kedai yang mempunyai SPHM yang masih sah, kata agensi kerajaan pusat itu.

Sehubungan itu Mohd Na’im menggesa masyarakat Islam supaya lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran melalui platform yang disediakan Jakim seperti Portal Halal Malaysia.

Katanya, kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan