PM Anwar tiba di Vladivostok

Date:

VLADIVOSTOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Russia.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia).

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup serta pegawai kanan.

Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Cheong Loon Lai dan menyambut ketibaan bagi pihak Rusia Pengarah Third Asian Department Ludmilla Vorobieva; Timbalan Gabenor Wilayah Primorskii Aleksei Nazdratenko dan Timbalan Datuk Bandar Vladivostok Daria Stegniy.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) berlangsung pada 3 hingga 6 September. Beliau akan menyampaikan ucapan pada sidang pleno pada 5 September.

PM akan ulang hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Putin

Kemuncak lawatan adalah pertemuan dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan Anwar dijangka mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS kerana Russia memegang jawatan Pengerusi BRICS.

Pada 28 Julai lepas, Anwar berkata Malaysia telah menghantar permohonan kepada Russia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS susulan kunjungan hormat yang dilakukan oleh Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.

Pada 18 Jun tahun ini, Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.

Sementara itu, pertemuan Anwar dengan Putin akan memberi peluang kedua-dua pemimpin untuk membincangkan hubungan dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian dan keterjaminan makanan serta pelancongan selain meneroka kerjasama dalam bidang baharu seperti aeroangkasa dan teknologi termaju.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka bertukar-tukar perspektif mengenai konflik Rusia-Ukraine dan situasi di Timur Tengah, selain turut membincangkan kerjasama dalam konteks Perkongsian Dialog ASEAN-Rusia.

Anwar jumpa Timbalan Mufti Russia

Anwar juga dijangka bertemu Timbalan Mufti Rushan Hazrat Abbyasov yang merupakan timbalan pengerusi pertama Majlis Mufti Russia dan Lembaga Agama Islam serta menerima kunjungan hormat Rais (Ketua) Tatarstan Rustam Minnikhanov.

Ini adalah lawatan pertama Anwar ke Russia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

Pada 2023, Russia adalah rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah perdagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (AS$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (AS$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version