Pertambahan aset, teknologi terkini strategi Maritim tangani pencerobohan perairan

Date:

PUTRAJAYA: Pertambahan aset laut dan udara, selain sumber manusia dan teknologi terkini antara strategi dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menangani isu pencerobohan di perairan negara.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata strategi itu sebagai langkah mitigasi dirancang dalam memastikan keselamatan sempadan perairan negara sentiasa terpelihara.

“Hasil rondaan dan operasi dijalankan, Maritim Malaysia merekodkan 434 kes tangkapan vesel nelayan asing (VNA) sejak 2020 hingga Julai lalu yang dengan 308 daripada membabitkan milik nelayan Vietnam, diikuti Indonesia (81), Thailand (35) dan China (10).

“Melalui semua ini, sama, kita merekodkan 3,694 tangkapan nelayan asing bagi tempoh sama atas pelbagai kesalahan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohd Zawawi berkata, angka rampasan itu sebahagian daripada jumlah VNA yang memasuki perairan negara berikutan kekangan dihadapi Maritim Malaysia.

Katanya, ini termasuk kekurangan kapal dan bot berikutan ada yang perlu menjalani penyelenggaraan berjadual, selain aset dimiliki juga sudah uzur.

Melihat kepentingan itu, beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memastikan sebuah Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) dinamakan KM Tun Fatimah siap dibina dan beroperasi di perairan Laut China Selatan.

“KDN juga melaksanakan perolehan empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland (AW) 189 untuk agensi ini dalam mempertingkatkan lagi pemantauan udara di zon maritim Malaysia, khususnya di kawasan sempadan perairan negara terutama bagi keperluan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengenai hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya KDN terus menjadi penyumbang agar kedudukan negara kekal dalam 10 paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI), Mohd Zawawi berkata Maritim Malaysia akan memastikan keselamatan perairan negara terus berada pada tahap optimum.

Beliau berkata, ia sekali gus menjadi laluan selamat kepada kapal dagang yang melalui perairan negara di samping aktiviti ekonomi dapat dilakukan tanpa sebarang kebimbangan dalam kalangan nelayan tempatan serta pengusaha bot komersial.

“Keselamatan dipertingkatkan juga dapat menarik lebih banyak pelabur asing memandangkan Malaysia diiktiraf antara negara selamat di dunia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version