PM Anwar seru ASEAN bersatu padu pastikan rantau aman, stabil dan makmur

Date:

Sempena sambutan ulang tahun ke-57 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menekankan kepentingan negara-negara anggota bersatu padu dan bekerjasama untuk memastikan rantau yang aman, stabil dan makmur.

Menegaskan komitmen Malaysia terhadap kerjasama serantau, Anwar dalam hantaran Facebooknya mengucapkan “Selamat Hari ASEAN ke-57!” berkata Malaysia menumpukan kepada memperjuangkan kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang.

“Hari ini kita meraikan Hari ASEAN ke-57, hari penting untuk mengingatkan diri kita bahawa kita perlu bersatu padu dan bekerjasama untuk memastikan rantau yang aman, stabil dan makmur,” katanya.

“Saya berharap ASEAN terus memberi tumpuan kepada pengukuhan perkongsian ekonomi dalam kalangan negara anggotanya dan menjalin masa depan yang lebih baik bersama,” katanya.

Hari ASEAN disambut setiap tahun pada 8 Ogos untuk memperingati penubuhan ASEAN.

Ditubuhkan pada 1967 dengan penandatanganan Deklarasi Bangkok, ASEAN bertujuan untuk menggalakkan kerjasama politik dan ekonomi serta kestabilan serantau dalam kalangan ahlinya.

Malaysia akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

ASEAN dianggotai 10 negara terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version