LHDN dan peranan pengamal media di Sabah ibarat berpisah tiada

Date:

KOTA KINABALU:  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengiktiraf peranan yang ditunjukkan oleh pengamal media di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin menggambarkan hubungan bersama  pengamal media di Sabah ibarat berpisah tiada dalam membantu memasar dan mempromosi agenda percukaian nasional.

“Melalui kerjasama ini pelbagai mesej dan informasi banyak membantu menyebarluaskan maklumat perkhidmatan percukaian terkini dengan skala yang besar dalam tempoh yang singkat.

“LHDN turut tidak menafikan peranan media sangat penting dalam penyaluran maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat hingga ke akar umbi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Hi-Tea Ketua Pegawai Eksekutif Hasil Bersama Media Sabah di sini, pada Khamis.

Abu optimis kesinambungan dari program seumpama akan terus menjadi inisiatif LHDN untuk mengiktiraf, menghargai dan meraikan sokongan serta kerjasama berterusan yang diberikan.

Majlis yang diadakan selari dengan tema Hari Wartawan Nasional “Etika Teras Kewartawanan Mapan” itu meraikan hampir 40 pengamal media Sabah.

Dalam majlis sama Abu berkata, portal MyInvois yang dilancarkan pada 1 Ogos lepas merupakan usaha LHDN dalam pemodenanan pentadbiran percukaian negara.

“Portal ini adalah gerbang utama kepada sistem e-Invois yang diinovasikan untuk mengubah dimensi dan corak pentadbiran cukai semasa yang menyokong kepada usaha mendigitalisasikan ekonomi masa depan.

“Pembayar cukai yang berjaya melaksanakan e-invois mengikut garis masa yang ditetapkan layak menuntut elaun modal dipercepatkan bagi perbelanjaan ICT yang berkaitan” katanya.

Menurutnya, LHDN terus komited memastikan sistem MyInvois kekal berdaya tahan dan responsif terhadap keperluan pembayar cukai melalui proses penambahbaikan serta penyesuaian berterusan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar dan Pengarah Negeri HASiL Sabah, Azrul Hisham Shamsudin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version